SALAM SEJAHTERA KEPADA ANDA,
Web ini
memaparkan pelbagai jenis herba seperti aprikot, asparagus, bakong,
biji sawi, cekur, cempaka cucur atap, dukung anak dan banyak lagi.
Di samping itu, anda didedahkan petua petua bagi setiap herba ini
untuk tujuan perubatan.
Perubatan berasaskan herba kini semakin popular di negara kita. Ia
menjadi pilihan memandangkan kaedahnya lebih semula jadi, kurang
kesan sampingan selain kosnya yang jauh lebih murah. Herba juga
merupakan salah satu pilihan alternatif menyembuhkan penyakit yang
kadangkala tidak dapat diubati dengan kaedah perubatan moden
Namun
masih ramai yang tidak tahu kegunaan tumbuhan herba terutamanya
golongan muda. Mereka tidak sedar bahawa tumbuhan yang terbiar
selama ini berguna untuk merawat pelbagai jenis penyakit.
Umpamanya, daun pokok kapal terbang, senduduk, dedalu, hempedu
bumi, subang nenek, jarum tujuh bilah dan lain lain lagi. Namun
hakikatnya, inilah di antara herba yang mempunyai banyak khasiat
untuk perawatan kesihatan dan kecantikan..
Web ini
memberi pengenalan asas kepada generasi muda, betapa di
sekeliling kita terdapat banyak khazanah alam anugerah ALLAH S.W.T.
yang boleh jadikan penawar untuk merawat penyakit. Ia merupakan
kombinasi pelbagai jenis tumbuhan renek, sayur-sayuran,
buah-buahan, rumput-rumpai dan balak. Ia juga mendedahkan
kelebihan dan khasiat herba supaya masyarakat dapat mempelajari
dan menggunakan herba bagi membantu mencapai tahap kesihatan yang
optimum.
Herba
memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Ia bukan sahaja
digunakan sebagai perawatan kesihatan dan kecantikan, malah
sebagai bahan sampingan masakan. Ia dikutip secara segar di
kawasan hutan untuk dijadikan ulam-ulaman. Dimakan bersama nasi
atau direbus untuk diminum airnya. Herba seperti daun kemangi,
cekur, pegaga, pudina, ketumbar dan selom sering dijadikan bahan
dalam masakan.
|
BARANGAN
TERLARIS MASA KINI |
|
Bibit Mahkota Dewa Untuk Dijual Dinegeri Sabah
STOK 10,000
 |